Recent Post

SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT RASMI SK PORT DICKSON SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

LENCANA DAN LAGU SKPD



RUMAH API

Melambangkan perpaduan atau maklumat dan juga semangat untuk menuju dan mencapai kejayaan bagi memenuhi cita-cita agar murid dapat menerangi kehidupan masyarakat sekeliling. Ianya juga adalah mercu tanda kedudukan Port Dickson.

 

BUKU

Melambangkan kawan karib setiap insan untuk membina ilmu pengetahuan, menambah pengalaman dan mendalami corak kehidupan bagi menghadapi masa depan.

 

ORANG BERSUKAN

Melambangkan penglibatan murid dalam kegiatan kokurikulum dan menanam semangat kesukanan untuk kecergasan badan dan pemikiran untuk menghadapi pelajaran.

 

IILMU PEDOMAN HIDUP

Moto ini dipilih kerana setiap insan memerlukan ilmu pengetahuan sebagai pedoman untuk menghadapi liku-liku kehidupan dan panduan untuk menjadi insan cemerlang.

 

WARNA ( BIRU MUDA & BIRU TUA )

Melambangkan kedamaian dan perpaduan muridnya yang berbilang kaum belajar dengan keharmonian tanpa mengira bangsa.